Search This Blog

Wednesday, February 13, 2013

Pemandu kereta terbabas marah



Port Dickson: “Saya bergegas keluar apabila terdengar dentuman kuat di pintu depan pejabat dan terkejut melihat sebuah kereta terbalik,” kata pengurus syarikat swasta P Ganesan, 50, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi di Kilometer 9, Jalan Seremban itu, sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki berusia 30-an terbabas lalu melanggar papan tanda dan pintu pejabat syarikat berkenaan.


Ganesan berkata, dia dan beberapa orang awam cuba membantu mengeluarkan pemandu itu namun dimarahi lelaki terbabit.

“Dia (pemandu) keluar dari kereta dan terus berjalan tanpa mempedulikan orang di sekitarnya. “Saya bimbang kereta itu terbakar kerana minyak tumpah dan cuaca panas terik. Orang awam yang berhenti melihat kemalangan juga menyebabkan kesesakan teruk di jalan ini,” katanya ketika ditemui.


Menurutnya, akibat kemalangan itu tiang telefon berhampiran kedainya patah manakala bumbung dan pintu kedai rosak selain paip air pecah.


“Nasib baik kereta itu tidak merempuh ke dalam kedai, jika tidak mungkin menyebabkan kerosakan lebih terus. Saya syak pemandu itu mabuk menyebabkan dia gagal mengawal keretanya,” katanya yang membuat laporan polis kerana pemandu terbabit menghilangkan diri sejurus kejadian.

No comments:

Post a Comment