Search This Blog

Monday, February 4, 2013

Pelancong AS mangsa bunuh di Turki

pix_gal0Istanbul: Seorang pelancong Amerika Syarikat adalah mangsa bunuh selepas kepalanya diketuk dan mayatnya ditemui di kota lama Istanbul.

Ketua Polis Istanbul, Huseyin Capkin membuat pendedahan itu mengenai kematian Sarai Sierra, 33, di sini semalam.
Suami Sierra yang datang dari New York, mengesahkan mayatnya lewat kelmarin di rumah mayat Istanbul, kata stesen berita TRT.



Mangsa dilapor hilang

Sierra melakukan kunjungan secara bersendirian di Turki apabila dilaporkan hilang pada 21 Januari lalu.

“Memang benar dia dibunuh selepas kepalanya diketuk,” kata Huseyin Capkin yang dipetik televisyen CNN Turk.

Polis juga menyiasat kemungkinan Sierra dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibawa ke Sarayburnu, tempat dia ditemui.
Sekurang-kurangnya 11 orang disoal mengenai kes itu di Istanbul, lapor agensi berita Anadolu.


Tukar mesej e-mel

Polis juga mendedahkan, dua daripada mereka adalah wanita.

Tidak jelas sama ada seorang lelaki tempatan yang bertukar mesej e-mel dengan Sierra ketika dia berada di sini turut disoal.

Laporan berita tempatan menyatakan, Sierra mengatur pertemuan dengan lelaki itu di Jambatan Galata tetapi dia memberitahu polis bahawa mereka tidak berjumpa.

Seorang wanita memberitahu polis, dia nampak sebuah kereta putih pada malam 29 Januari lalu dekat tepi jalan dan seorang lelaki mengeluarkan sesuatu daripada kenderaan itu yang kelihatan seperti tangan wanita.

REUTERS/AP

No comments:

Post a Comment