Search This Blog

Wednesday, February 13, 2013

Mekanik, 3 rakan diserang 20 lelaki



Kuala Lumpur: Seorang mekanik dan tiga rakannya cedera seluruh badan selepas diserang lebih 20 lelaki dengan batang besi di Jalan Sultan Ismail, di sini, Sabtu lalu.

Malah, kumpulan lelaki yang menyerang mangsa turut menyamun mereka menyebabkan kerugian dianggarkan RM1,000.


Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, semua mangsa berusia 20-an berjalan ke tempat letak kereta di lokasi kejadian sebelum dihalang sekumpulan lelaki menyebabkan berlaku pertengkaran.

Menurut sumber, pertengkaran bertukar menjadi ganas apabila kumpulan itu mengepung semua mangsa sebelum menyerang dengan besi.


“Kejadian berlaku terlalu pantas dan mangsa tidak sempat melarikan diri,” katanya.


“Tidak cukup dengan itu, sebaik semua mangsa terjatuh, kumpulan lelaki terbabit terus bertindak merampas beg duit mereka sebelum melarikan diri,” katanya.

Akibat kejadian itu, semua mangsa mengalami kecederaan di kepala, tangan dan badan malah seorang turut pengsan.


sebelum dihantar orang awam ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee.

No comments:

Post a Comment