Search This Blog

Monday, February 4, 2013

Mayat terendam dalam paya




Kuantan: “Sebelum ini saya selalu menasihati ibu jangan keluar bersendirian ke ladang kerana bimbang dibunuh orang, namun tidak menyangka nasihat itu benar-benar terjadi.

“Mayat ibu ditemui terendam dalam paya dan disembunyikan di bawah timbunan daun paku pakis menyebabkan kami sukar mencarinya.
“Perbuatan pembunuh itu memang tidak boleh dimaafkan kerana meragut nyawa ibu begitu kejam,” kata Norliana Hanafiah, 38, anak kepada seorang wanita warga emas, Rapingah Hassim, 58, yang dipercayai mati dibunuh di ladang getah empat kilometer dari rumahnya di FELDA Bukit Tajau, Maran, kelmarin.

Norliana berkata, ibunya keluar rumah jam 8 pagi kelmarin untuk berbincang dengan seorang lelaki warga Indonesia bagi urusan pajakan tanah di ladang getahnya berikutan ladang berkenaan terbiar sejak dua tahun lalu.


Katanya, ibunya tidak pulang seperti biasa menyebabkan adik bongsunya, Noraishah, 18, menghubunginya lalu mengarahkan Noraishah memaklumkan kepada penduduk kampung mencari ibunya.

No comments:

Post a Comment