Search This Blog

Thursday, February 21, 2013

Keganasan landa India

Foto

Sebuah kereta bomba dibakar dalam keganasan berikutan mogok pekerja di Noida pinggir New Delhi semalam.
  • Foto
    Pekerja India menunjukkan perasaan dalam mogok dua hari di Hyderabad.
  • Berjuta-juta pekerja mogok bantah kenaikan harga barang

    New Delhi: Keganasan meletus di India semalam ketika kesatuan sekerja memulakan mogok dua hari bagi membantah kenaikan harga barang dan dasar kerajaan untuk membuka ekonomi.
    Berjuta-juta pekerja kilang dan bank tidak datang bertugas manakala pengangkutan awam dihentikan di kebanyakan bandar raya besar selepas kesatuan sekerja utama menggesa mogok di seluruh negara.

    Tingkap banyak kilang di Noida pecah. Kami menghubungi polis tetapi mereka lewat, dan ketika itu kerosakan sudah pun berlaku," Pankaj Shah, Pemilik kilang

    Pemimpin buruh dilanggar

    Seorang pemimpin buruh mati dilanggar ketika cuba menghalang bas daripada meninggalkan terminal di bandar raya Ambala. Pekerja bersenjatakan batang besi memecahkan tingkap kilang dan membakar trak serta beberapa kereta di Noida, kawasan perindustrian di pinggir New Delhi.

    Pemilik kilang berkata, polis tidak dapat membantu walaupun panggilan kecemasan dibuat.

    “Tingkap banyak kilang di Noida pecah. Kami menghubungi polis tetapi mereka lewat, dan ketika itu kerosakan sudah pun berlaku,” kata seorang pemilik kilang, Pankaj Shah.
    Bank tutup, kedai buka

    Di New Delhi, bas dan sistem kereta api bawah tanah sesak ketika teksi dan beca bermotor berbaris di jalan raya. Bank ditutup tetapi kebanyakan kedai dibuka.

    Kesatuan sekerja menentang dasar kerajaan membuka sektor peruncitan, perbankan dan penerbangan kepada pelabur asing dalam usaha melonjakkan ekonomi India.

    Kesatuan sekerja yang bergabung dengan pembangkang utama, Parti Bharatiya Janata, dua parti komunis utama malah kesatuan sekerja diketuai parti Kongres menuntut kerajaan menarik semula pembaharuan ekonomi, yang dikatakan menjejaskan kepentingan pekerja.

    10 tuntutan

    Kesatuan mengeluarkan 10 tuntutan, termasuk kenaikan gaji minimum semua pekerja kepada 10,000 rupee (RM555) sebulan, mengawal harga dan menyediakan keselamatan sosial kepada semua pekerja.

    Kesatuan sekerja berkata, tindakan kerajaan baru-baru ini membuka sektor pasar raya akan menjejaskan berjuta pemilik kedai kecil yang tidak mampu bersaing dengan peruncit antarabangsa.

    Pekerja bank pula menentang keputusan kerajaan membenarkan syarikat besar memasuki sektor perbankan dan dasar menswastakan bank dikendalikan negara. - AP

    No comments:

    Post a Comment