Search This Blog

Monday, February 4, 2013

‘Hanya ingat mati’




Kuala Krai: “Saya begitu takut ketika itu dan hanya teringat mati apabila penjenayah mengacukan pistol di kepala,” kata kakitangan sebuah syarikat pembalakan, Muhammad Haniff Zahadi, 23.

Menurutnya, detik cemas itu dilaluinya apabila dilarikan empat penjenayah selepas mengeluarkan wang RM50,000 dari sebuah bank di Kuala Krai, di sini, tengah hari semalam.
Bagaimanapun, dua daripada empat suspek anggota ‘Kumpulan Aime’ itu tidak sempat berjoli hasil rompakan apabila ditembak mati polis di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, kira-kira jam 12 tengah hari.

Suspek yang ditembak mati itu masing-masing berusia 22 dan 29 tahun manakala dua lagi rakan mereka berjaya melarikan diri dalam kejadian berkenaan.


Kejadian bermula selepas mangsa beredar dari bank berkenaan pada jam 11 pagi sebelum kereta dipandunya tiba-tiba dirempuh oleh kereta dinaiki empat penjenayah terbabit berhampiran Dataran Damar, di sini.

No comments:

Post a Comment