Search This Blog

Thursday, February 21, 2013

Dua pelesit rempit kekal dijel




CHEE FOOK (kiri) dan Davandr (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Teluk Intan semalam selepas hukuman penjara ke atas mereka kekal.


IPOH – Hasrat dua pelesit rempit untuk mengetepikan hukuman penjara 26 bulan yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan di sini setahun lalu kerana kesalahan menunggang motosikal sambil mengangkat tayar depan dan melakukan aksi ala superman tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman tersebut.
Berikutan keputusan Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani itu, Lee Chee Fook, 24, dan L. Davandr, 22, diperintahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah selain masing-masing membayar denda RM6,000 berkuat kuasa semalam.
Kedua-dua tertuduh membayar denda itu.
Sebelum ini, dua pekerja swasta itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada 22 Februari tahun lalu menjatuhkan hukuman tersebut.
Ketika keputusan itu dibacakan Zainal Adzam, Chee Fook dilihat menangis manakala Davandr kelihatan tenang.
Kedua-dua tertuduh ditahan ketika mereka melakukan kesalahan itu pada pukul 1.40 pagi, 21 November 2010 di Kilometer 3, Jalan Changkat Jong berhadapan Hospital Teluk Intan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2LTtNr81e 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment