Search This Blog

Monday, February 4, 2013

Dua lagi remaja diberkas rogol budak 11 tahun



 
Balik Pulau: Polis menahan dua lagi remaja lelaki yang dipercayai terbabit merogol bergilir-gilir seorang budak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin, berkata remaja berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini, Khamis lalu.



Tahan empat suspek

Berikutan penahanan terbaru itu, polis sudah menahan empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan kini ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan rogol dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang Rabu lalu, seorang budak perempuan berusia 11 tahun dirogol bergilir-gilir oleh empat remaja lelaki ketika berkunjung ke rumah teman lelaki rakannya di sini, kira-kira jam 3 petang Rabu lalu.

Dipelawa berbual kosong

Mangsa mendakwa dipelawa rakan perempuannya untuk berbual kosong di rumah berkenaan yang ketika itu terdapat lapan remaja lelaki sedang melepak.

Seorang suspek dikatakan menarik tangan mangsa ke bilik, sebelum diikuti tiga lagi remaja lelaki yang kemudian bertindak mengunci pintu bilik daripada dalam lalu membogelkan mangsa dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Berikutan itu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis sebelum dua remaja lelaki yang juga pasangan adik beradik berusia 14 dan 16 tahun ditahan polis dan hasil soal siasat mereka mengaku merogol mangsa.

No comments:

Post a Comment