Search This Blog

Monday, February 4, 2013

26 terkorban jambatan runtuh




2 Februari 2013
BEIJING - Sekurang-kurangnya 26 terbunuh apabila trak membawa bunga apai tiba-tiba meletup ketika sedang melalui sebuah jambatan di China semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, insiden letupan di lebuh raya wilayah tengah Henan itu turut menyebabkan jambatan di laluan tersebut runtuh.

“Runtuhan jambatan sepanjang kira-kira 80 meter itu menyebabkan enam kenderaan lain terjunam ke tanah,” mengikut laporan itu.

Difahamkan, jambatan di lebuh raya tersebut muncul sebagai yang terpanjang di negara itu dengan jarak 4,400 kilometer bermula dari sempadan barat China hingga ke Kazakhstan. - AFP

No comments:

Post a Comment