Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Wartawan BH rugi RM8,000



 
Kuala Lumpur: Seorang wartawan meja berita BH kerugian kira-kira RM8,000 selepas rantai emasnya diragut seorang penunggang motosikal di sebuah lorong berhampiran Jalan Doraisamy, di sini, semalam.

Azida Shaharuddin, 32, ketika kejadian jam 3.10 petang itu dalam perjalanan membuat liputan berita di sebuah restoran berhampiran.
Katanya, ketika berjalan seorang diri melintasi sebuah lorong kecil bersebelahan restoran berkenaan, dia tiba-tiba dihampiri seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR, sebelum lelaki terbabit merentap rantai emas di lehernya.
Saya difahamkan, suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu selepas polis membuat pemeriksaan ke atas motosikal terbabit," Azida Shaharuddin, Mangsa

“Sebelum itu, saya menyangka saya melintas tanpa menyedari kehadirannya lalu berundur sedikit bagi memberi laluan, namun lelaki itu dengan perlahan menghampiri dan merentap rantai emas di leher sebelum memecut.

Jerit minta tolong

“Terkejut dengan kejadian, saya menjerit meminta tolong dan beberapa pelanggan di sebuah restoran berdekatan bergegas datang memberi bantuan,” katanya ketika menceritakan insiden.

Azida berkata, seorang pelanggan di restoran itu memberitahunya dia beberapa kali ternampak kelibat suspek berlegar-legar di kawasan itu dan membantunya mengecam jenis dan nombor pendaftaran motosikal suspek.
“Saya difahamkan, suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu selepas polis membuat pemeriksaan ke atas motosikal terbabit,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya kini sedang menjejaki suspek.

No comments:

Post a Comment