Gambar Cassez diambil pada 2006. - Foto AFP |
Cassez sebelum itu dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas dia ditahan di sebuah ladang berhampiran Bandaraya Mexico bersama bekas teman lelakinya, yang mengetuai kumpulan penculik dikenali Los Zodiacos.
Hakim Jorge Pardo mengarahkan supaya Cassez dibebaskan ketika sidang mahkamah yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan dilihat tidak memihak wanita itu.
Cassez yang bertegas dia tidak bersalah sepanjang penahanannya, meninggalkan penjara bersama bapanya Bernard, beberapa jam kemudian menuju ke lapangan terbang untuk kembali ke Perancis dengan pesawat Air France.
“Ini adalah hari yang paling menggembirakan sepanjang hidup saya. Sudah lama kami menunggu, Dia tidak bersalah dan berjuang untuk membuktikannya,” kata ibu Cassez, Charlotte.
Kerajaan Perancis mengalu-alukan pembebasan Cassez dan yakin hubungan lebih baik antara kedua-dua negara dapat dijalin. Negara itu sebelum ini mengkritik hebat hukuman yang dikenakan dan hubungan Perancis dan Mexico terjejas berikutan perkara itu.
Bagaimanapun, pembebasan Cassez menimbulkan kemarahan saudara-mara dan anggota keluarga mangsa yang menyifatkan keputusan hakim tidak adil. - Reuters
No comments:
Post a Comment