Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Tiga maut dalam banjir di bandar Lampung, Sumatera


JAKARTA 25 Jan. - Tiga orang maut dan ratusan rumah dinaiki air antara dua dan tiga meter di kota Bandar Lampung, Sumatera berikutan hujan lebat selama tiga jam dari petang hingga malam, pada Khamis.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Banjir (BNPB), dua kanak-kanak maut di kampung Talang apabila dinding tembok pagar sepanjang 20 meter di sebuah pusat gelanggang Futsal di situ roboh akibat banjir. Seorang mangsa banjir juga dilaporkan terkorban di Gunung Mas.
BNPB berkata sejumlah 20 kawasan penempatan terjejas akibat banjir dan penduduknya terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.
Paras air di beberapa kawasan terbabit dilaporkan mula surut. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130125/lu_12/Tiga-maut-dalam-banjir-di-bandar-Lampung-Sumatera#ixzz2J2IGcbDB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment