Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Tiga beranak berkecai, pemandu lori didakwa




YONG LONG menghadapi tuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian tiga beranak di Mahkamah Majistert Muar semalam.


MUAR – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memandu dengan melulu sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Batu 14, Air Hitam dekat sini pada minggu lalu.
Lee Yong Long, 27, dari Taman Budaya Jingga, Batu Pahat dituduh melakukan kesalahan itu pada pukul 2 petang, 23 Januari lalu sehingga menyebabkan kematian Ngaisah Redzuan, 46, serta dua anaknya, Muhammad Nurullah Azzim Ghazali, 12, dan Puteri Balqis Sofea, 10.
Yong Long dengan tangan kanan berbalut mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah sebelum mengaku tidak bersalah.
Dakwaan terhadap Yong Long dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara dua hingga 10 tahun atau denda RM5,000 hingga RM20,000 jika sabit kesalahan.
Majistret Roslinda Razali memerintahkan tertuduh membayar wang jaminan RM8,700 bersama seorang penjamin selain lesen tertuduh digantung sehingga kes berkenaan selesai.
Perbicaraan kes itu ditetapkan pada 6 Mac depan.
Tertuduh membayar wang jaminan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2JPXWzXv6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment