Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Tercicir seluar



         
Gelabah diserbu polis, seorang pelacur tercicir seluar ketika cuba melarikan diri dalam Ops Noda di sebuah spa dalam hotel di Jalan Semenyih, di sini, kelmarin.

Operasi dijalankan Unit Risikan dan Operasi Perancang Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu diketuai Inspektor Emmi Shah Fadhil selepas melakukan risikan lebih dua minggu.


Harian Metro semalam melaporkan, sindiket pelacuran di hotel itu mempromosikan pelacur Vietnam yang didakwa masih dara pada harga RM5,000.

Semua pelacur perawan berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditawarkan menerusi e-mel. Semua urusan dibuat sindiket itu bersama ejen mereka di Vietnam.


Pelanggan diminta menunggu tiga hari bagi urusan transit sebelum dibenarkan membawa gadis ditempah ke mana saja selama tiga hari.


Polis menahan 32 wanita dipercayai pelacur, termasuk 16 warga tempatan, enam penjaga premis serta empat pelanggan.

Ketika diserbu, premis dilengkapi lebih 20 bilik kecil itu dipenuhi wanita yang menunggu pelanggan.


Jurucakap polis berkata, ketika pihaknya menyerbu hotel itu jam 9 malam, ada di kalangan wanita terbabit mengurut pelanggan atau melakukan hubungan seks.

“Hasil siasatan mendapati, spa itu menawarkan pakej perkhidmatan seks pada harga RM218 sejam dan pelacur dibayar RM25 untuk setiap pelanggan.


“Polis merampas buku log pelanggan, kondom serta wang RM5,600,” katanya.


Semakan polis mendapati 11 pelacur membabitkan warga Vietnam, dua China, dua Indonesia dan seorang Russia menyalahgunakan pas lawatan.


Katanya, rumah pelacuran itu beroperasi 24 jam sehari mengikut permintaan pelanggan.


“Semua ditahan berusia antara 20-an hingga 40-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya.

No comments:

Post a Comment