Search This Blog

Monday, January 28, 2013

Tanggung risiko kejar RM150 sekepala



Johor Bahru: Bayaran lumayan sehingga RM150 bagi setiap kepala menyebabkan tekong laut sanggup mengambil risiko ketika membawa masuk atau menyeludup keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Ia didedahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berjaya mematahkan beberapa cubaan membawa masuk atau keluar dari negara ini dan terbaru berhampiran Tanjung Ayam, Pengerang Kota Tinggi di sini, pagi semalam.


Dalam kejadian pada jam 3.05 pagi itu, empat PATI Indonesia bersama seorang tekong dilihat cuba menyusup masuk ke perairan negara dan memecut laju bot dinaiki mereka ketika dihampiri sepasukan APMM yang membuat rondaan.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili Kapten Maritim Rozali Md Said berkata, ketika kejadian sebuah bot laju APMM bersama empat anggota melakukan rondaan berjaya mengesan sebuah bot gentian kaca dalam keadaan mencurigakan.


“Kami dapati, bot gentian kaca berwarna kuning itu dari perairan negara jiran dan cuba menyusup masuk ke negara ini dengan kelajuan rendah.


“Pasukan kami yang curiga cuba menghampiri bot berkenaan sebelum tekong itu memecut laju botnya.

“Kami terpaksa mengejarnya selama 25 minit sebelum tekong bot itu mengalah dan pemeriksaan membawa kepada penemuan empat lelaki Indonesia berusia antara 18 hingga 41 tahun berbaring di dalam bot berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment