Search This Blog

Wednesday, January 16, 2013

Suami didakwa pukul isteri



KAMARUDDIN diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kangar semalam selepas didakwa membelasah isterinya yang dalam pantang hingga cedera parah pada 5 Januari lalu.


KANGAR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membelasah isterinya yang masih dalam pantang hingga mengakibatkan wanita itu cedera parah pada 5 Januari lalu.
Bagaimanapun, Kamaruddin Hassan, 41, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Zuhair Rosli.
Mengikut pertuduhan, Kamaruddin didakwa telah mencederakan Anira Aziz (gambar kecil), 28, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Repoh Seberang Sungai di sini pada pukul 4 pagi, 5 Januari lalu.
Dia mencederakan isterinya itu dengan menggunakan bingkai gambar, lesung batu dan belakang pisau.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Zuhair kemudian membebaskan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM2,500 selepas mendengar rayuan bapa kepada dua anak itu dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh yang bekerja sebagai pekerja kontrak di Kuala Lumpur membayar denda tersebut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Amir Irwan Yaakob manakala tertuduh diwakili peguam, Rabiatul Adawiyah Ramli.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2I6kVsfox 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment