Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Sindiket terbesar jual bayi tumpas



PULAU PINANG 24 Jan. - Polis Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket penjualan bayi terbesar di negara ini dengan nilai RM300,000 selepas menahan 33 suspek termasuk dalang di negeri ini, Kedah dan Perak.
Suspek yang ditahan itu terdiri daripada 22 lelaki dan wanita berbangsa Cina, India (enam), Melayu (seorang) dan tiga warga Indonesia.
Kesemua suspek ditahan sepasukan Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) dan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri setelah melancarkan Ops Pintas Sayang pada Disember 2012.
Pasukan itu turut berjaya menemukan sembilan bayi iaitu tiga lelaki dan enam perempuan serta kanak-kanak berusia antara dua bulan hingga lapan tahun yang telah dijual di sekitar negeri ini, Kedah dan Perak.
Tujuh daripada bayi tersebut adalah warga Thailand, seorang rakyat tempatan dan seorang warga Bangladesh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130125/je_01/Sindiket-terbesar-jual-bayi-tumpas#ixzz2Iwd7Qtkf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment