Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Serbu sarang pelacuran di KL



         
Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala akan menggempur habis-habisan kegiatan pelacuran bagi menjaga imej ibu kota.

Timbalan Pengarah, Jabatan Penguatkuasaannya, Minhad Ahmad berkata demikian ketika mengetuai Operasi Bersepadu Premis Pelacuran di Jalan Petaling, di sini, semalam.


Sehubungan itu, katanya, operasi menutup dan memecahkan premis menjalankan aktiviti itu akan dijalankan lebih kerap tahun ini.

“Operasi akan lebih kerap dijalankan tahun ini dan kita menjangka melakukan sekurang-kurang dua operasi sebulan supaya kegiatan itu tidak dapat diteruskan.


“Dalam masa sama, kami akan mengesan pemilik premis supaya tindakan undang-undang dapat diambil dan kita akan bawa mereka ke mahkamah,” katanya.


Dalam operasi bermula jam 11 pagi yang turut mendapat kerjasama polis, imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKDK), tujuh premis yang dikenal pasti menjalankan pelacuran diserbu dan bilik yang digunakan untuk aktiviti tidak bermoral itu dimusnahkan. Seramai 162 kakitangan dari semua agensi terbabit dalam operasi itu. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana semua premis terbabit sudah kosong ketika diserbu. Ditanya sama ada maklumat operasi itu mungkin sudah dibocorkan, Minhad berkata, ia di luar pengetahuannya dan pihaknya tidak tahu menahu perkara itu.

“Kami hanya menjalankan rutin tugas seperti biasa dan operasi ini dijalankan mengikut rancangan sedia ada.


“Sebelum ini, lebih tujuh premis menjalankan aktiviti pelacuran di sini, namun angka itu makin berkurangan selepas serbuan kerap dijalankan sebelum ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment