Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Seperti digilis lori



Gara-gara bermain bola salji, seorang pelajar tarian kini terpaksa menggunakan kerusi roda dan berhenti satu atau dua tahun daripada menari.

Nasib tidak baik menimpanya apabila pelvisnya patah selepas dirempuh bola salji gergasi yang menyebabkan dia tersepit pada tembok.


Nicole Wignall, 16, menghabiskan masa hampir empat jam bersama tujuh rakan lain untuk membuat bola salji selebar lebih satu meter dan tinggi lebih satu meter. Mereka kemudian menolaknya ke puncak sebuah bukit berhampiran kediaman mereka di Blackburn.

Tetapi, ketika Nicole berbual dengan seorang rakan di luar rumahnya, bola itu dilepaskan secara tidak sengaja.


“Saya melihatnya, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Saya tidak boleh bergerak. Saya menjerit lalu terperangkap antara bola salji itu dengan tembok. Rakan saya mengalihkan bola salji itu dan mengangkat saya masuk ke rumah. “Saya sangka saya akan mati atau lumpuh,” kata Nicole.


Pelvisnya patah di empat bahagian di depan dan retak di belakang. Dia dijangka terpaksa menggunakan kerusi roda selama lapan minggu sebelum boleh berjalan semula dengan menggunakan tongkat dan mengambil masa satu atau dua tahun sebelum boleh menari semula.

“Sungguh mengecewakan. Pelvis saya berkecai, patah di empat bahagian di depan dan retak di belakang. Doktor berkata, saya seolah-olah menunggang motosikal dan dirempuh oleh lori. Saya boleh lumpuh,” katanya.

No comments:

Post a Comment