Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Seorang lagi tebusan warga Filipina maut


Manila: Seorang lagi warga Filipina, semalam disahkan terbunuh dalam krisis tebusan di sebuah kompleks loji gas di pedalaman Algeria minggu lalu.

Jurucakap Jabatan Luar, Raul Hernadez memberitahu sidang akhbar di Manila, mayat mangsa, rakyat negara itu yang ketujuh mati dalam kejadian berkenaan, dikenal pasti majikannya.


Pihak berkuasa Manila sebelum ini berkata, enam rakyatnya maut dan 12 terselamat.

“Kebanyakan mereka mati akibat kecederaan selepas ditembak dan kerana kesan letupan,” kata Hernandez tanpa mendedahkan nama mangsa.


Dua lagi rakyat Filipina masih hilang sementara empat yang lain dirawat di sebuah hospital di Algeria selepas cederax sama ada ketika serbuan atau selepas operasi menyelamat.


Pihak berkuasa Algeria berkata, 37 warga asing dari lapan negara dan seorang rakyat tempatan terbunuh dalam kejadian berakhir Sabtu lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment