Search This Blog

Wednesday, January 16, 2013

Seorang lagi mangsa letupan kilang sawit meninggal dunia



HULU TERENGGANU 16 Jan. - Seorang lagi mangsa letupan di kilang memproses kelapa sawit di Kampung Kapah di sini meninggal dunia menjadikan jumlah kematian berikutan tragedi itu meningkat kepada empat orang.
Mangsa terbaharu ialah Mohd. Razlan Mokhtar, 25, dari Kuala Berang meninggal dunia pukul 9.30 pagi ini selepas 13 jam dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Ismail Muslim berkata, mangsa meninggal dunia akibat melecur hampir 90 peratus anggota badan dalam kejadian yang berpunca daripada letupan mesin pengukusan buah kelapa sawit. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130116/dn_38/Seorang-lagi-mangsa-letupan-kilang-sawit--meninggal-dunia#ixzz2I9ViS61T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment