Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Sarjan rogol budak dipenjara



Las Vegas Seorang anggota tentera udara Arab Saudi dipenjara di Las Vegas atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang budak lelaki ketika kedatangan 2013 diraikan di bandar raya itu.

Mazen Alotaibi berpangkat sarjan dalam pasukan tentera itu turut menghadapi tuduhan menculik dan memaksa mangsa.


Jika sabit kesalahan, Mazen, 23, boleh dihukum penjara sehingga beberapa dekad.

Media semalam melaporkan, mangsa yang belum berusia 14 tahun dipaksa Mazen masuk ke sebuah bilik di Hotel Circus Circus sebelum dirogol.


Mazen ditahan di bilik hotel berkenaan selepas polis dipanggil ke situ menjelang jam 9.30 pagi pada 31 Disember lalu.


Jurucakap polis Las Vegas berkata, mereka mempunyai kes yang kukuh berdasarkan bukti dikumpul penyiasat. Katanya, mangsa menginap di hotel berkenaan bersama keluarganya.

“Dokumen pengenalan Mazen menunjukkan dia bertugas di San Antonio-Lackland berhampiran San Antonio, Texas,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment