Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Rumah, kereta pegawai kastam disimbah cat



 
Johor Bahru: Seorang pegawai kanan kastam negeri ini terkejut apabila rumah dan tiga keretanya di Taman Desa Skudai, di sini disimbah cat coklat, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, cermin kereta pegawai kastam berusia 54 tahun yang bertugas di Unit Mesin Pengimbas Import di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Sultan Iskandar turut dipecahkan.
Mangsa yang bertugas di situ sejak enam bulan lalu dikatakan terbangun daripada tidur apabila mendengar bunyi bising di luar rumah.

Pegawai yang enggan namanya disiarkan berkata, sebelum ini beliau beberapa kali mendapat ugutan lisan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berkaitan bidang kerjanya.

“Apabila saya bangun dan memeriksa luar rumah saya dapati ruang depan rumah, luar pagar dan kereta dipenuhi cat coklat. Cermin kereta PROTON Iswara dan Pajero juga dipecahkan, selain turut terkena Toyota Wish.

“Ini kejadian pertama sejak saya bertugas lebih 30 tahun. Saya menganggapnya sebagai ujian di tempat kerja dan membuat laporan di Balai Polis Taman Universiti,” katanya.

No comments:

Post a Comment