Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Restoran dipecah masuk, wang tabung dilarikan



SEGAMAT 28 Jan. - Pemilik sebuah restoran di Simpang Jabi di sini kerugian lebih RM1,000 selepas premisnya dipecah masuk dipercayai awal pagi ini.
Ismail Kutik, 50, berkata, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia datang ke kedai pukul 6 pagi untuk memula operasi dan mendapati pintu hadapannya sudah dipecahkan.
Katanya, sejurus memasuki premisnya itu dia mendapati keadaan di dalam restoran berselerak, kaunter diselongkar dan duit syiling, rokok serta lima tabung derma masjid dan anak yatim dilarikan.
“Melihat kepada kesan-kesan yang ditinggalkan, pencuri ini dipercayai membawa besi kuku kambing kerana terdapat kesan umpil di pintu masuk hadapan. Pencuri cuba merosakkan mangga utama di pintu depan tetapi tidak berjaya.
“Berikutan itu mereka memecah masuk dengan mengumpil tiang besi bagi membolehkannya mencelah masuk ke dalam kedai," katanya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130128/je_12/Restoran-dipecah-masuk-wang-tabung-dilarikan#ixzz2JPR9S9oG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment