Search This Blog

Monday, January 28, 2013

Rempuh penghadang



Hulu Selangor: Kereta BMW dinaiki pemain bola sepak Felda United , Ahmad Fauzi Shaari dan rakannya Muhammad Khairul Adnan Zakaria yang terbunuh dalam kemalangan semalam didapati merempuh penghadang jalan sejurus terbabas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta itu kemudian terbalik dan terbakar dalam kemalangan itu yang berlaku kira-kira jam 1.40 pagi berdekatan susur keluar plaza tol Tanjung Malim arah utara kilometer 407.5 Lebuh raya Utara Selatan.


“Mangsa yang memandu kereta (Muhammad Khairul Adnan) parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian setelah kereta mereka hangus terbakar.

“Sementara itu, rakannya (Ahmad Fauzi) terpaksa dihantar ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan susulan kerana patah tangan kanan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini semalam.


Beliau berkata, jenazah mangsa yang maut dibawa pulang ke Kedah kira-kira jam 9.30 pagi semalam dan siasatan lanjut mengenai kejadian masih dijalankan pasukan trafik Hulu Selangor

No comments:

Post a Comment