Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Remaja hilang balik gimnasium


Seorang remaja lelaki dipercayai hilang dan tidak pulang ke rumahnya di Sri Petaling sejak Jumaat lalu sebaik keluar menghadiri kelas kecergasan di gimnasium di Taman Desa.

Sebelum kehilangannya itu, remaja berkenaan, M Jethendran, 16, yang juga anak sulung daripada tiga beradik menghubungi ibunya memberitahu akan pulang ke rumah dengan menaiki teksi.


Menurut bapanya, R Mahatheven, 49, sebelum ini dia akan menghantar anaknya itu ke kelas dan menjemputnya sebaik tamat kelas berkenaan, tetapi tidak berbuat demikian sejak beberapa bulan lalu kerana mahu anaknya berdikari.

“Anak saya menghubungi isteri saya kira-kira jam 3.45 petang memberitahu akan pulang ke rumah dengan menaiki teksi dan sepatutnya tiba di rumah jam 4.30 petang.


“Namun selepas sejam menunggu, anak saya itu masih belum pulang menyebabkan isteri saya menghubungi telefon bimbitnya berulang kali, tetapi gagal.


“Saya juga pergi ke kelas gimnasium tempat anak saya berlatih dan bertemu dengan jurulatihnya, malah kami juga ada melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik premis itu yang terletak bersebelahan gimnasium berkenaan.

“Dalam rakaman CCTV itu ada kelihatan kelibat anak saya keluar kira-kira jam 2.26 petang,” katanya.


Orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung Jethendran diminta menghubungi bapanya di talian 010-2151907 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan dan katanya siasatan lanjut masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment