Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Polis tahan tujuh wanita Nigeria tawar seks



KUALA LUMPUR 24 Jan. - Sekumpulan wanita warga Nigeria dikesan bukan sahaja menawarkan perkhidmatan seks malah dikatakan turut memaksa pengunjung pub dan kelab malam di Jalan Changkat Tong Shin, Bukit Bintang di sini untuk melanggan mereka.
Kegiatan itu dikesan hasil aduan orang ramai yang merasa terganggu dengan kehadiran wanita warga asing tersebut hampir setiap malam.
Berikutan aduan tersebut, sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman melakukan serbuan di lokasi terbabit pukul 11.30 malam tadi dan berjaya menahan tujuh orang wanita negara tersebut manakala lebih 20 yang lain melarikan diri.
Menurut Ketua Operasinya, Inspektor Muhammad Mohd. Jais, ketika ditahan kesemua wanita itu yang berusia 20 hingga 27 tahun berpakaian seksi dan menjolok mata.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130125/je_04/Polis-tahan-tujuh-wanita-Nigeria-tawar-seks#ixzz2IwcnHwxH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment