Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata dua lelaki yang dicari itu ialah Ooi Chen Ling atau dikenali sebagai Kenny, 25, beralamat di No 10, Lorong Kenari 2, Sungai Ara, Jelutong serta seorang lagi lelaki hanya dikenali sebagai Tuo Taw dari Jelutong.
10 individu ditahan
Beliau berkata, setakat ini, polis sudah menahan 10 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan lelaki berusia 24 tahun di Taman Desa Murni, Sungai Dua itu.
“Kedua-dua lelaki itu dikehendaki untuk membantu siasat kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Butterworth, di sini, semalam.
Tembak jarak dekat
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, Khamis lalu, Fauzi Hussin, 24, maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di Taman Desa Murni, Sungai Dua, di sini.
Siasatan awal polis membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.
No comments:
Post a Comment