Bomba
Sepasukan bomba dan menyelamat dikejarkan ke lokasi sejurus mendapat laporan rempuhan mengakibatkan kebakaran.
FLORIDA - Sebuah pesawat penumpang dilaporkan telah merempuh sebuah kediaman sewaktu cuba melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Flagler County Jacksonville, menyebabkan tiga penumpangnya terbunuh, semalam.

Pihak berkuasa Penerbangan Persekutuan melaporkan, satu panggilan kecemasan dibuat oleh juruterbang pesawat BE35 itu apabila menyedari pengangkutan udara yang dikendalikannya dalam keadaan kurang stabil.

Jurucakap pegawai memberitahu, pesawat yang membawa tiga penumpang termasuk juruterbang telah merempuh sebuah kediaman di Palm Coast berhampiran lapangan terbang selang beberapa minit kemudian.

"Tiga penumpang termasuk juruterbang maut, manakala pemilik kediaman berkenaan hanya mengalami kecederaan kecil," kata pegawai. - MailOnline .