Pesawat bawa waris fesyen Itali, Missoni hilang
Vittorio Missoni bersama isterinya masih belum ditemui. - Foto ihsan
Pesawat bawa waris fesyen Itali, Missoni hilang
Pesawat yang sama model, dinaiki pengarah fesyen terkenal Itali, dipercayai hilang kelmarin. - Foto ihsan AP
ROM - Sebuah pesawat kecil yang membawa enam penumpang, salah seorang daripadanya pengarah fesyen Missoni terkenal Itali, Vittorio Missoni, hilang di luar kawasan perairan Venezuela, kelmarin.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Itali, usaha mencari pesawat yang hilang itu diteruskan.

Missoni mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa anak lelaki pengasas fesyen Ottavio dan Rosita Missoni, Vittorio Missoni turut berada  dalam pesawat itu bersama isterinya.

“Pesawat kecil itu yang digunakan untuk melancong telah hilang. Setakat ini, ini sahaja maklumat yang ada,” kata kenyataan syarikat itu.

Vittorio Missoni, 58, mengusahakan syarikat itu bersama adik-beradiknya, Luca dan Angela.

Pesawat itu membawa empat warga Itali yang turut menyertai percutian, kata kata Menteri Dalam Negeri, Nestor Reverol Torres dalam kenyataannya kelmarin.

Kementerian Dalam Negeri Venezuela mengenal pasti dua lagi warga Itali itu sebagai Guido Foresti dan Elda Scalveuzi.

Kapal terbang meninggalkan pulau peranginan, Los Roques, kira-kira 150 kilometer dari Venezuela, pagi kelmarin.

Pihak berkuasa Itali telah berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga mangsa, kata jurucakap Kementerian Luar.

Missoni ialah label fesyen yang canggih terkenal dengan pakaian yang dikait dan belang zigzag.

Jualan tahunan syarikat swasta yang berpusat di Milan itu dijangka antara RM 228 juta dan RM 304 juta.

Jenama itu pertama kali dicipta pada 1953 sebagai bengkel pakaian kait di Gallarte, Itali yang sudah diperluaskan daripada pakaian ke peralatan rumah, wangian dan rangkaian hotel.