Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Perusuh bakar kereta, hotel


Baku: Perusuh di Azerbaijan membakar sebuah hotel dan beberapa kereta semalaman dalam rusuhan berpunca daripada perlanggaran kecil kenderaan, kata polis tempatan semalam.

Polis daerah Ismayili berkata beberapa pegawai penguat kuasa undang-undang cedera ketika cuba menyuraikan mereka.
Walaupun rusuhan itu jelas bukan bermotif politik, ia mengetengahkan kekecewaan berhubung jurang luas antara golongan miskin dan kaya di negara kaya minyak bekas jajahan Soviet itu.

Masalah bermula malam kelmarin apabila pemilik sebuah hotel tempatan, Emil Shamsaddinov, 22, yang memandu kereta sport Chevrolet Camaro miliknya terbabas ke laluan pejalan kaki dan melanggar tiang elektrik. - AP

No comments:

Post a Comment