Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Perogol tuntut gambar lucah



Seoul: Seorang banduan yang dipenjara atas kesalahan merogol menyaman pihak berkuasa bagi mendapatkan semula ratusan gambar lucah dirampas dari bilik tahanannya, kata pihak berkuasa semalam.

Banduan berusia 46 tahun itu mengemukakan saman selepas 200 gambar lucah diambil pihak berkuasa ketika dia dipindahkan ke penjara lain.


Jurucakap penjara berkata, walaupun penghuni di situ dibenarkan memiliki majalah dewasa, gambar dirampas daripada banduan terbabit ‘melampau’. “Jika dibenarkan, ia bercanggah dengan matlamat pemulihan di penjara, selain jumlahnya yang banyak serta tahap kelucahan juga melampau,” katanya. Dalam samannya, banduan itu mendakwa haknya dirampas walaupun bahan itu diperlukan ketika dia dipenjara.

Mahkamah dijadual mendengar permohonan itu Mac ini. - AFP

No comments:

Post a Comment