29/01/2013 4:44pm
KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang wanita tempatan dan lima lelaki Afrika yang disyaki terlibat dalam kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian RM515,095 di dua tempat di Lembah Klang pada 15 dan 16 Januari lepas.
Ketua Unit Siasatan Perisian Komputer, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DSP Mohamad Lazim Ismail berkata, wanita berumur 45 tahun itu ditahan ketika cuba mengeluarkan wang transaksi daripada akaunnya di sebuah mesin pengeluaran wang di bank pada pukul 3 petang 15 Januari.
"Pihak bank sebenarnya telah menghalang akaun itu daripada aktiviti pengeluaran wang kerana mengesyaki wang di dalam akaun wanita itu terlibat dalam kes penipuan dalam talian.
"Kami menemui beberapa buku bank daripada wanita itu yang dipercayai dijadikan keldai siber, jadi apa-apa bukti dan semua kesalahan yang berkaitan sindiket itu diletakkan terhadap wanita terbabit," katanya di sini hari ini.
Susulan itu, kira-kira pukul 1 pagi, polis menyerbu sebuah rumah di Puchong dan menahan lima lelaki Afrika serta merampas beberapa komputer riba, telefon bimbit dan alat perkakasan komputer yang lain.
"Kelima-lima lelaki yang berumur 22 hingga 30 tahun itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta di ibu Negara," katanya.— BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2JPcK66wP
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment