Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Peniaga ikan masin mati dengan kesan tetak



SEMPORNA 28 Jan. - Seorang peniaga ikan masin ditemui mati dengan kesan tetakan di muka, tengkuk dan lengan kanan di dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit di Kampung Kuala Bibang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Firdaus Francis Abdullah berkata, mayat Mansor Sideh, 52, dari Tawau ditemui kira-kira pukul 1 pagi.
Menurutnya, mangsa dikatakan datang ke Semporna beberapa hari sebelum itu untuk membeli rumpai laut.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Semporna untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Zairolnizal Ishak di talian 089-781222," katanya di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130128/je_13/Peniaga-ikan-masin-mati-dengan-kesan-tetak#ixzz2JPR0YIAe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment