Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Pengusaha kilang mati kepala ditembak


Kulim: “Saya dengar bunyi enjin motosikal beberapa kali sebelum terkejut mendengar bunyi letupan kuat macam mercun dan pada masa yang sama alat penggera kereta mangsa turut berbunyi.

“Saya segera keluar rumah dan terkejut apabila melihat mangsa telentang di atas jalan dengan kesan darah di bahagian muka serta kepala,” kata seorang saksi yang enggan dikenali dalam kejadian tembak seorang pengusaha kilang bata di Taman Gemilang, dekat Lunas, awal pagi semalam.


Dalam kejadian pada jam 1.45 pagi, mangsa, Low Ka Soon, 38, ditemui mati oleh anggota keluarganya dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan pada kepala di sisi kereta miliknya.

Difahamkan, ketika itu, mangsa meletakkan kereta di rumah adiknya yang terletak bertentangan dengan kediamannya di Taman Gemilang, sebelum ditembak penyerang tidak dikenali.


Berdasarkan maklumat, kejadian itu hanya disedari anggota keluarga yang keluar selepas terdengar bunyi letupan seakan-akan mercun dari luar rumah, sebelum menemui mangsa terbaring.


Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh, ketika ditemui berkata, mangsa mati akibat yang terkena satu tembakan di kepalanya.

No comments:

Post a Comment