Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Pelajar kolej mati dikelar



  Sintuja ditemui  mati dikelar  di rumah bapa saudaranya di Taman Desa, Mantin, semalam.

Sintuja ditemui mati dikelar di rumah bapa saudaranya di Taman Desa, Mantin, semalam.
Bapa saudara, sepupu mangsa ditahan reman

Seremban: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di rumah bapa saudaranya di Mantin dekat sini, malam kelmarin.
S Sintuja, 19, ditemui sepupunya dalam keadaan terbaring di lantai bilik tidur rumah di Taman Desa, kira-kira jam 8.30 malam. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat.

Pelajar yang berasal dari Temerloh, Pahang itu belajar di sebuah kolej swasta di Sikamat dekat sini, sejak setahun lalu dan dikatakan sering ke rumah bapa saudaranya pada cuti hujung minggu.

Dia dikatakan akan diambil bapa saudaranya di asrama pada petang Jumaat untuk dibawa ke Mantin dan dihantar pulang pada Ahad.

Tiada kesan pecah masuk

Sumber berkata, ketika mayat mangsa ditemui, semua pintu rumah tidak berkunci dan tiada kesan pecah masuk atau barangan berharga hilang.
“Sebilah pisau turut ditemui di atas katil berdekatan mayat mangsa,” katanya.
Sementara itu, katanya, bapa saudara mangsa mendakwa keluar dari rumah jam 6 petang sebelum menerima panggilan daripada anaknya mengenai kejadian itu, kira-kira jam 9 malam.

Berikutan kejadian itu, polis menahan reman bapa saudara dan sepupu mangsa bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan bunuh.

Katanya, polis belum mengenal pasti motif kejadian.

No comments:

Post a Comment