Search This Blog

Thursday, January 17, 2013

Pekerja bengkel tak mengaku pecah amanah



SHAH ALAM - Seorang pekerja bengkel kereta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan pecah amanah lebih RM1.3 juta, Oktober tahun lalu.

Khor Wei Soon, 32, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim G Ramesh.

Wei Soon didakwa menyalahgunakan wang yang dimasukkan jurujual, Chow Pung Wah, ke dalam akaun miliknya bagi urusan cabutan tiket loteri Magnum RM2.4 juta tetapi disalahkan gunakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan olehnya di CIMB Bank Bandar Baru Klang, pada 8 hingga 19 Oktober 2012.

Pendakwaan dibuat terhadapnya mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman enam tahun penjara dan boleh juga dikenakan sebatan.

Mahkamah membenarkan Wei Soon dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.

Ramesh juga menetapkan 31 Januari depan bagi sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment