Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Orang ramai lambat bantu


pix_gal0

New Delhi: Derita seorang pelajar lelaki dan temannya yang diserang sebelum wanita berkenaan dirogol dan dipukul selama dua jam setengah, tidak berakhir selepas itu.

Selepas dibiarkan dalam keadaan bogel di tepi jalan, orang ramai yang lalu lalang tidak peduli manakala polis berbincang mengenai siapa yang patut menguruskan mereka sebelum menghantar mangsa ke hospital.
“Kawan saya parah dan luka teruk. Pemandu kereta dan motosikal memperlahankan kenderaan melihat kami sebelum berlalu.

“Saya minta bantuan mereka. Orang yang berhenti sekadar melihat kami, bertanya apa yang berlaku. Tetapi, tiada yang cuba membantu,” katanya kepada pemberita televisyen. - AP

No comments:

Post a Comment