Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Nilai Barat punca perkosa



 
  Foto

Seorang wanita melihat aksi penunjuk perasaan di Bhubaneswar, India, kelmarin. - Foto AP

Foto
Pelajar melaungkan slogan meminta hukuman berat kepada perogol ketika protes di Bangalore, India. - Foto AP

Pemimpin kanan Hindu dakwa banyak kejadian berlaku di bandar

New Delhi: Kontroversi baru meletus di India selepas seorang pemimpin konservatif mempersalahkan 'nilai Barat' sebagai punca rogol berlaku di India.
Selain itu, pemimpin Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Mohan Bhagwat juga menyatakan bahawa kejadian rogol banyak berlaku di kawasan bandar dan tidak di kawasan pedalaman.
Beliau hanya merujuk kepada tradisi India dan sikap menghormati wanita. Beliau juga menggesa hukuman berat dikenakan terhadap penjenayah itu termasuk hukuman mati," Ravi Shankar Prasad, Jurucakap BJP

“Jenayah seperti itu jarang berlaku di ‘Bharat’ (kawasan kampung) tetapi kerap berlaku di bandar,” kata Bhagwat kepada pekerja RSS di Silchar, Assam.
“Kamu pergi ke kampung dan hutan di negara ini, tiada insiden seperti rogol ramai-ramai atau jenayah seks berlaku.

“Ia lebih berleluasa di kawasan tertentu bandar. Selain memperkenal undang-undang baru, kita patut nilai semula tabiat dan budaya berdasarkan nilai tempatan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, data mahkamah menunjukkan 75 peratus kes rogol yang membawa kepada hukuman terhadap tertuduh sejak 25 tahun lalu, berlaku di kawasan pedalaman India.
Data itu didedahkan oleh profesor Universiti Undang-Undang Kebangsaan di New Delhi, Mrinal Satish.

Dikecam Parti Kongres

Ulasan Bhagwat dikecam Parti Kongres, CPI-M dan pertubuhan wanita, lebih dua minggu selepas seorang wanita berusia 23 tahun diperkosa di ibu negara.

Kejadian itu menyebabkan pelbagai pihak mendesak pihak berkuasa mengenakan hukuman lebih berat terhadap perogol.

Pemimpin kanan Parti Kongres, Digvijaya Singh, berkata ulasan Bhagwat menunjukkan tahap pemikiran mereka yang sempit.

“Rogol boleh berlaku di mana-mana saja. Perbuatan itu sepatutnya dihalang dan pesalahnya wajar dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Sekutu RSS, Parti Bharatiya Janata (BJP) meminta supaya ulasan Bhagwat dilihat dengan perspektif sewajarnya.

“Beliau hanya merujuk kepada tradisi India dan sikap menghormati wanita. Beliau juga menggesa hukuman berat dikenakan terhadap penjenayah itu termasuk hukuman mati,” kata jurucakap BJP, Ravi Shankar Prasad. - Agensi

No comments:

Post a Comment