Search This Blog

Friday, January 18, 2013

Nafi cabul isteri orang



Bukit Mertajam: Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian kira-kira tiga tahun lalu.

Roslan Yahaya, 51, membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chiang Kian Hong sebelum minta dibicarakan.

Kekerasan jenayah

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berusia 29 tahun yang juga isteri orang.

Kesalahan itu dilakukan di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai, di sini, antara 11 pagi hingga 1.10 tengah hari pada 26 April 2010.

Tertuduh yang berkemeja putih berjalur dan berseluar gelap didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Amir Hamdzah Othman manakala tertuduh diwakili S Anthony.
Terdahulu, Amir Hamdzah meminta mahkamah menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, selain memohon supaya mahkamah menghalangnya daripada mengganggu saksi.

Dalam rayuannya, Anthony memohon supaya jaminan terhadap tertuduh dikurangkan.

Kian Hong kemudian membenarkan Roslan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment