Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Muka ditoreh pisau


Seorang lelaki berusia 20 tahun menggelupur menahan kesakitan hampir 10 minit di sebuah stesen minyak di Jalan Ipoh, di sini, apabila mukanya ditoreh dengan pisau, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian dipercayai bermotifkan dendam itu, mangsa mendakwa ‘diserang’ tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20-an ketika berhenti untuk mengisi minyak di tempat kejadian, jam 4 pagi.


Menurut sumber, mangsa yang bersendirian tiba-tiba dihampiri kumpulan terbabit sebelum dipukul menggunakan topi keledar.

“Mangsa cuba mempertahankan diri namun disebabkan bilangan mereka yang ramai, mangsa dibelasah lebih 10 minit,” katanya.


Sumber berkata, seorang daripada lelaki terbabit kemudian mengeluarkan sebilah pisau sebelum menoreh muka mangsa.


“Mangsa dilaporkan menggelupur kesakitan sebelum dikejarkan ke hospital oleh orang awam,” katanya.

Selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, mangsa dilaporkan menerima 125 jahitan di mukanya selain mengalami lebam dan bengkak pada seluruh badan.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

No comments:

Post a Comment