Search This Blog

Wednesday, January 16, 2013

Muka, badan kena seterika



Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Palestin bukan sahaja diculik empat rakan senegaranya di hadapan pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, malah turut diseksa dengan seterika ditekap ke muka dan badan serta badannya ditoreh dengan pisau.

Mangsa turut dibogelkan ketika dalam tahanan lelaki terbabit selama dua hari bagi mengelak mangsa melarikan diri.
Namun, mangsa berusia 30 tahun itu dapat menyelinap keluar melalui tingkap kecil ketika kumpulan itu khayal kerana mengambil dadah.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 6 petang, 9 Januari lalu, mangsa bersama seorang rakannya berada di pusat beli-belah sebelum didatangi empat lelaki rakan senegara yang tidak dikenali.


Menurutnya, mangsa dipaksa kumpulan itu menaiki sebuah teksi bersama mereka, manakala rakannya sempat melarikan diri.

No comments:

Post a Comment