Search This Blog

Monday, January 28, 2013

Mertua, menantu maut nahas

Mertua, menantu maut nahasKeluarga Allahyarham Abu Asan dan Nurul Natrah sedang menunggu jenazah di hospital untuk dibawa pulang
KUALA PILAH – Seorang lelaki maut bersama menantu perempuannya apabila motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer 26 Jalan Seremban - Kuala Pilah, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.05 pagi itu, mangsa, Abu Asan Hamid, 55, bersama menantunya yang membonceng motosikal, Nurul Natrah Ghazali, 24, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kedua-dua mangsa yang datang dari arah Kuala Pilah menuju ke Seremban tercampak di atas jalan raya setelah dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah sama.

“Pemilik kenderaan yang merempuh motosikal mangsa dari belakang bagaimanapun melarikan diri sejurus kejadian. Kenderaan itu remuk di bahagian depan akibat rempuhan tersebut, tersasar ke bahu kanan jalan menyebabkan tiang elektrik tumbang,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang beralamat di Kampung Mampas Kechil dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini untuk dibedah siasat.

Jenazah Abu Asan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mampas Kechil, di sini, manakala Nurul Natrah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kepis, di sini, kedua-duanya selepas solat Zuhur semalam.

Berikutan kejadian itu, Azmi meminta pemilik kenderaan WFQ6983 yang merempuh kedua-dua mangsa supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Saksi kejadian juga diharap dapat menghubungi polis talian 06-4842222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, adik kepada Allahyarham Abu Asan, Rosli Hamid, 43, berkata, arwah merupakan abang sulung dari lapan beradik, bagaimanapun mereka jarang berjumpa kerana tinggal berasingan, selain dirinya yang lumpuh.

“Lagipun saya terpaksa duduk di rumah selepas terlibat kemalangan,” katanya.

Menurut Rosli berkata, arwah bersama menantunya itu dari arah Kuala Pilah untuk pulang ke rumah.

“Menantunya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga enam bulan lalu tinggal sebumbung bersama suami, isteri arwah dan arwah. Nurul Natrah berasal dari Kampung Felda Kepis,” katanya.

No comments:

Post a Comment