Search This Blog

Wednesday, January 16, 2013

Mekanik dijel 12 bulan



Klang: Seorang mekanik yang mendera anak tirinya berusia tiga tahun yang videonya tersebar di laman sosial Facebook dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Ng Swee Wee menjatuhkan hukuman itu terhadap T Rajasegaran, 32, dari Kapar selepas lelaki berkenaan menukar pengakuan bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh dia ditangkap, iaitu pada 11 Disember tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah rumah di Kapar, jam 12.30 tengah hari pada September tahun lalu.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.


Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak menampar muka, menendang dan mengangkat mangsa ke atas sofa sehingga kanak-kanak itu jatuh ke lantai.

Ketika itu juga, kepala mangsa dipukul dengan menggunakan acuan muruku dan senduk nasi. Mangsa turut ditumbuk di belakang badan.


Akibat kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan parut lama di kepala, dada, tangan dan berdekatan mata kiri.

Terdahulu, isteri keduanya S Nirmala, 29, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap suaminya atas alasan lelaki itu memukul anaknya dengan tujuan mengajar selepas mendapati anaknya cuba memotong paip gas.


“Anak saya juga tidak mengalami sebarang kecederaan yang parah,” katanya.


Bagaimanapun, Ng berkata, niat tertuduh adalah baik kerana cuba mengajar anaknya, namun caranya tidak bersesuaian.


Rajasegaran juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu berkahwin dengan S Nirmala, 29, ketika isterinya E Citra, 21, masih hidup.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Ria 6, Kapar, Klang, jam 7.30 petang pada 15 Disember 2011.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut seksyen 494 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tujuh tahun penjara atau denda.

No comments:

Post a Comment