Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Mayat tinggal rangka, rentung di ladang sawit




BEBERAPA anggota polis dan orang ramai melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda yang di dalamnya terdapat mayat rentung di Kota Tinggi, Johor semalam.


KOTA TINGGI – Seorang pekerja ladang kelapa sawit yang terletak berhampiran jalan pintasan Kota Tinggi di sini yang ingin memulakan rutin kerjanya seperti biasa terkejut apabila menemui rangka manusia dalam keadaan rentung semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Che Mahazan Che Aik berkata, sebelum menemui rangka tersebut, pekerja ladang yang berusia 34 tahun itu hairan melihat sebuah kenderaan jenis Fortuner yang tersadai di ladang kelapa sawit milik Persatuan Nguangxi Johor terbakar.
Sebaik sahaja mendekati kenderaan tersebut, saksi mendapati kereta itu telah terbakar dan terdapat satu mayat dalam keadaan rentung di bahagian tempat duduk pemandu.
“Dia kemudian bergegas memaklumkan kepada majikannya sebelum mereka menghubungi pihak polis,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2H9KCU0GR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment