Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Mayat budak baju kuning tersangkut pada bot


Klang: Polis belum dapat mengesahkan sama ada mayat seorang budak lelaki yang tersangkut di sebuah bot berhampiran jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, petang semalam, adalah William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang, pada 16 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat itu dalam lingkungan usia enam hingga tujuh tahun dijumpai orang ramai pada jam 6.30 petang semalam.


“Polis terima panggilan daripada orang ramai berhubung penemuan satu mayat budak lelaki tersangkut berhampiran bot di jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang petang semalam.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak dapat kenal pasti identiti mangsa untuk dibuat pengecaman berikutan mayat dipercayai sudah lama berada di laut.


“Ketika dijumpai, mayat berkenaan lengkap berpakaian iaitu kemeja-T berwarna kekuning-kuningan dan seluar pendek,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dibedah siasat yang dijangka dilakukan pagi esok.

“Setakat ini, kami belum memanggil ibu bapa mangsa untuk pengecaman dan kita tidak menolak kemungkinan ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa.


“Tiada sebarang kesan perbuatan jenayah pada mayat berkenaan dan berdasarkan keadaan fizikalnya, kita percaya mangsa adalah warga tempatan,” katanya.

Zhen Zhong dilaporkan hilang pada Rabu minggu lalu, Zhen Zhong, dilaporkan hilang selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai alatan elektronik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, di sini.

No comments:

Post a Comment