Search This Blog

Monday, January 28, 2013

Maut terkena renjatan



Seorang lelaki warga asing yang baru 10 hari bekerja menyabit kelapa sawit maut apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Paris 2, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, mangsa, Rizal Bahar, 23, maut serta-merta di tempat kejadian apabila galah besi digunakannya terkena kabel elektrik berdekatan.

Mangsa dipercayai sedang mengait kelapa sawit sebelum galah besi sepanjang sembilan meter digunakannya tersentuh tiang elektrik yang terletak kira-kira enam meter dari tempat mangsa berdiri.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu berkata, lelaki terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat renjatan elektrik yang mengalir daripada galah besi mengenai perut dan kaki mangsa.

“Pekerja lain yang melihat mangsa dalam keadaan terbaring memaklumkan kejadian itu kepada majikan mereka sebelum membuat laporan polis.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, di Sandakan, dua beradik maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 56 Jalan Sandakan-Lahad Datu, kelmarin.

No comments:

Post a Comment