Search This Blog

Wednesday, January 16, 2013

Maut lari dari polis



Kuala Lumpur: Cubaan melarikan diri daripada serbuan polis membawa padah buat seorang lelaki yang dikehendaki atas kesalahan pecah rumah selepas dia terjatuh dari tingkat empat sebuah hotel di Sri Damansara, Petaling Jaya, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek, Wong Chong Sing, 45, yang dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi meninggal dunia ketika dirawat.


Menurut sumber, sepasukan polis bergegas ke hotel itu selepas menerima maklumat mengenai kehadiran dua lelaki yang paling dikehendaki kerana terbabit dalam banyak kes pecah di Lembah Klang menginap di hotel berkenaan.

“Ketika polis menyerbu bilik hotel disewa kedua-dua lelaki itu, seorang suspek sempat meloloskan diri manakala seorang lagi cuba melarikan diri melalui tingkap.


Malangnya, suspek terbabit terjatuh dari tingkat empat hotel berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment