ABDUL Rahim menunjukkan dokumen dan wang tunai yang dirampas daripada sindiket. |
Itulah harga ditawarkan satu sindiket penjualan bayi yang didalangi seorang wanita warga tempatan sejak tiga tahun lalu.
Malah, wanita berusia 50-an itu dikesan turut bersekongkol dengan seorang doktor klinik swasta dan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan kerja jahat mereka berjalan lancar seterusnya mendapat keuntungan lumayan dengan cara mudah.
BARANG yang dirampas termasuk gambar bayi yang diselamatkan. |
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya membongkar kes berkenaan selepas menerima laporan berhubung seorang wanita warga asing yang menjual bayi berusia 40 hari dengan harga RM4,300 awal Disember lalu.
No comments:
Post a Comment