Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Letupan angkara ‘pengganas’



Damsyik berkata, letupan bom di sebuah stesen minyak yang sesak semalam dilakukan “pengganas” istilah digunakan pihak berkuasa negara itu merujuk kepada pejuang antikerajaan.

Letupan itu berlaku ketika orang ramai berbaris untuk membeli minyak - bahan yang semakin sukar diperoleh di Syria sejak negara itu dilanda konflik 21 bulan lalu.


Ia membunuh 11 orang dan mencederakan 40 pelanggan yang lain.

Ia adalah serangan ke atas stesen minyak kedua berlaku di ibu negara Syria pada minggu ini.


Agensi berita kerajaan, Sana, melaporkan pengganas meletupkan stesen minyak Qassioun yang terletak berhampiran Hospital Hamish di Barzeh, Damsyik. “Beberapa orang awam syahid,” lapor Sana. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa, lebih 60,000 orang terbunuh sejak Syria dilanda perang saudara.


Stesen televisyen separa rasmi, al-Ikhbariya, menyiarkan laporan wartawannya mengenai insiden di Barzeh itu.

Laporan al-Ikhbariya membayangkan serangan berlaku di kawasan dikuasai kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad. Sebahagian besar Barzeh didiami masyarakat menganut fahaman Sunnah, selain sekumpulan etnik minoriti.


Sementara itu, sumber pejuang antikerajaan melaporkan, puluhan orang terbunuh dalam serangan udara ketika mereka menunggu giliran membeli minyak di satu lagi stesen petrol di Damsyik, Rabu lalu.

No comments:

Post a Comment